UNTUK RENUNGAN KITA BERSAMA)
Sahabat-sahabatku yang dirahmati Allah sekelian,
Shaqiq Balkhi (seorang ahli sufi dan wali Allah) berkata:
"Kami mencari 5 perkara dan menemui perkara-perkata tersebut melalui 5 amalan iaitu:
1. Keberkatan rezeki didapati melalui Solat Dhuha.
2. Cahaya di dalam kubur didapati melalui Solat Tahajjud.
3. Jawapan terhadap persoalan Munkar dan Nakir didapati melalui membaca Al- Quran.
4. Mudah melintasi Titian Sirat didapati melalui berpuasa dan bersedekah.
5. Mendapat naungan di bawah Arasy Ilahi didapati melalui mengingati Allah swt dalam keadaan bersunyi diri".
Semoga Allah swt memberi kepada kita Taufiq iaitu kekuatan untuk melakukan 5 amalan tersebut agar kita semua dapat 5 perkara itu juga. Aamiiin.........
Selasa, 17 Julai 2012
Isnin, 13 Februari 2012
Memperkasakan Anak Anda Yang Bersekolah
Memperkasakan Anak Anda Yang Bersekolah
Sewaktu
anak-anak anda mula menyesuaikan diri dengan kehidupan di sekolah dan
semakin rapat dengan rakan barunya, anda mungkin menyedari perubahan
dalam pilihan makanan dan tabiat makannya. Sebagai contoh, mereka
mungkin enggan makan, makan terlalu sedikit atau banyak makan makanan
ringan yang kurang berkhasiat.
Mungkin
anda tidak menyedarinya, tetapi perubahan ini berpunca daripada lebih
kebebasan dan berdikari yang dirasai oleh kanak-kanak yang baru memasuki
alam persekolahan. Ramai ibu bapa merasakan bahawa oleh kerana
anak-anak mereka sudah cukup ‘besar’ untuk pergi ke sekolah, mereka juga
telah cukup matang untuk memilih makanan sendiri. Di sinilah punca
permulaan masalah.
Bermula dari rumah
Anak-anak
yang bersekolah berada dalam peringkat umur yang mudah dipengaruhi.
Mereka meluangkan lebih banyak masa bersama rakan di sekolah dan
terlibat dalam aktiviti di luar kurikulum. TV dan komputer menjadi teman
setia apabila mereka pulang ke rumah. Besar kemungkinan inilah sumber
utama yang mempengaruhi mereka, tetapi bukan orang yang paling penting
dalam hidup mereka pada masa ini – iaitu anda.
Namun
demikian, anak anda masih menjadikan anda sebagai suri teladan mereka.
Gunakan kelebihan ini untuk mengajar mereka di rumah tentang kebaikan
dan khasiat pemakanan, tabiat makan yang sihat, dan aktif dalam aktiviti
fizikal. Dengan berbuat demikian, anda akan mempengaruhi pilihan
makanan mereka apabila mereka berada di luar. Lebih penting lagi, anda
juga mempengaruhi pilihan makanan mereka pada masa hadapan.
Anda boleh memperkasakan anak-anak anda untuk membuat pilihan yang bijak dalam soal makanan dengan:
1. Memperkasakan diri anda
Dapatkan
nasihat daripada pakar pemakanan atau doktor keluarga anda bagi
memperkasakan diri anda dengan pengetahuan mengenai asas pemakanan yang
sihat dan cara terbaik untuk memberi anak anda makan. Anda juga boleh
membaca tentang pemakanan yang sihat untuk melengkapkan diri anda dengan
maklumat yang betul. Anda akan lebih berkeupayaan untuk mengajar dan
memperkasakan anak-anak anda apabila anda sendiri yakin dengan
pengetahuan yang diperolehi.
2. Menjadi suri teladan
Oleh
kerana anak anda mudah terpengaruh, anda perlu berusaha untuk menjadi
contoh yang baik dalam soal pemakanan dan cara hidup yang sihat. Ini
termasuk mengamalkan tabiat makan yang baik, gaya hidup aktif dan
menjaga kebersihan diri. Sebagai contoh, apabila anda makan sayur,
pastikan anda tidak lupa untuk memberitahunya betapa lazat dan sihatnya
sayur yang anda makan. Besar kemungkinan anak anda akan mengikut jejak
anda dan mula makan sayur!
3. Mulakan dari kecil
Anda
perlu mula menyemai tabiat makan yang sihat dalam diri anak anda sejak
mereka kecil. Mulakan dengan sesuatu yang mudah, tetapi penting. Sebagai
contoh, pastikan dia mengambil sarapan setiap pagi sebelum pergi ke
sekolah. Anda juga boleh menyediakan makanan dengan cara yang sihat
supaya dia boleh mengamalkan tabiat makan yang sihat sejak kecil. Atau,
anda boleh menjelaskan kepadanya tentang pentingnya makanan dan snek.
Beritahunya bahawa makanan harian ini akan bermanfaatkan kesihatan dan
akan membolehkannya membesar dan menjadi seorang kanak-kanak yang kuat
dan pintar. Ini akan meningkatkan kemungkinan anak untuk mengamalkan
tabiat makan yang sihat dan membuat pilihan makanan yang bijak bukan
sahaja di sekolah, tetapi juga sepanjang hayatnya.
4. Jangan putus asa!
Salah
satu cara penting untuk menyemai pengetahuan tentang pemakanan yang
baik ialah dengan bersabar. Jangan putus asa jika anak anda masih tidak
mahu makan sayuran walaupun sudah 5 kali diminta! Bersabarlah dan terus
mencuba lagi. Lama-kelamaan, selepas dipujuk, mereka pasti akan makan
sayur yang anda sediakan. Ini pasti merupakan satu kejayaan bagi anda
berdua!
Petua yang praktikal dan menyeronokkan
Semasa
berusaha untuk memperkasakan anak anda untuk membuat pilihan makanan
yang betul dan mengamalkan tabiat makan yang sihat, anda boleh
menggunakan cara yang menyeronokkan anak (dan anda juga). Pembelajaran
tentang pemakanan sihat tidak semestinya membosankan. Batasan yang
dihadapi adalah hanya imaginasi anda sendiri. Petua berikut sedikit
sebanyak dapat menjadikan pembelajaran tentang pemakanan lebih
menyeronokkan!
- Berbelanja bersama
Ini
adalah peluang baik untuk mendidik anak tentang makanan mentah, seperti
sayur-sayuran, supaya dia dapat mengenal bau dan teksturnya.
Kanak-kanak bersifat ingin tahu tentang segala-gala yang ada di
sekeliling mereka, dan ini lebih memudahkan anda untuk menerangkan
kebaikan makanan tertentu. Ajar mereka tentang khasiat kebaikan yang
disenaraikan pada bungkusan makanan. Contohnya, anda boleh mengambil
sekotak bijirin bijian penuh dan menerangkan tentang kebaikan kepada
kesihatan makanan seperti ini..
- Masak bersama
Sebagai
permulaan, anda boleh menyediakan sarapan bersama anak pada hujung
minggu. Peringkat usia sekolah rendah adalah paling sesuai untuk belajar
tentang pemakanan yang sihat, kerana mereka sentiasa berminat untuk
belajar perkara baru, lebih-lebih lagi mengenai makanan dan pemakanan.
Mereka juga berminat dan berupaya untuk membantu anda di dapur dengan
melakukan kerja yang mudah seperti membasuh buah-buahan atau memotong
sayur-sayuran. Mereka akan lebih berminat untuk merasa makanan yang
mereka sendiri sediakan kerana ini memberi peluang kepada mereka untuk
memberitahu seisi keluarga mengenainya!
- Makan bersama
Galakkan
keluarga anda untuk makan bersama setiap hari. Waktu makan adalah masa
paling baik untuk mengeratkan hubungan dengan anak anda, bertanya khabar
dan berkongsi aktiviti harian. Pastikan suasana pada waktu makan
bersama keluarga santai dan menyeronokkan. Anak anda akan lebih
berselera makan dalam suasana yang positif.
- Main bersama
Bermain
dengan anak adalah cara yang baik untuk anda sekeluarga melakukan
aktiviti fizikal. Anda boleh membawa mereka ke padang atau taman
permainan dan menggunakan kemudahan yang terdapat di sana. Anda juga
boleh menggalakkan mereka menyertai permainan berkumpulan seperti
badminton. Bersiar-siar bersama keluarga seperti berkelah atau berjoging
juga dapat merangsang kecergasan mental dan fizikal!
- Berkomunikasi bersama
Sentiasa
luangkan masa untuk berbual dan mendengar rintihan atau luahan hati
anak anda. Anda boleh bertanya tentang makanan yang dimakan oleh rakan
sekelasnya, sama ada dia suka makanan seperti itu atau gemar menyertai
sesi pembelajaran fizikal di sekolah. Perbualan tidak semestinya
mengenai makanan. Anda boleh berbual tentang banyak perkara lain yang
dapat merapatkan hubungan anda dengannya. Ingatlah, komunikasi mesti dua
hala… jadi, beri peluang kepada anak untuk bercakap!
Adakah Anak-Anak Kita Makan Dengan Betul?
Adakah Anak-Anak Kita Makan Dengan Betul?
Adakah anda biasa dengan senario ini?
Kasim suka snek manis
Kasim,
7 tahun, berlebihan berat badan untuk umurnya. Apabila terasa lapar
antara waktu makan, dia mengambil coklat dan snek manis. Ibu bapanya
khuatir kerana dia sudah mula bersekolah dan mereka tidak dapat
mengawalnya daripada mengambil snek yang tidak sihat di kantin sekolah.
Sara yang ingin jaga imej badan
Ibu
Sara mengejutkannya setiap pagi hanya 20 minit sebelum loceng sekolah
berbunyi. Justeru, Sara yang berusia 12 tahun ini selalu kelam kabut dan
tidak sempat mengambil sarapan. Sara memang tidak berminat untuk
bersarapan kerana dia sudah mula mementingkan penampilan diri dan ingin
menjaga imej badan.
Kumar sentiasa sibuk
Kumar,
10 tahun, kurang bersenam kerana dia sentiasa sibuk. Sebagai persiapan
untuk menduduki peperiksaan UPSR, ibu bapanya mendaftarkan Kumar dalam
pelbagai kelas tuisyen selepas waktu sekolah. Kumar menghabiskan masa
lapangnya dengan bermain komputer untuk merehatkan fikirannya. Apabila
ibunya berleter, dia menjawab: “Takkan tak boleh main sekejap pun.
Bosanlah kalau belajar sepanjang masa.”
Anak-anak
anda yang sudah bersekolah mungkin menghadapi masalah yang sama seperti
Kasim, Sara dan Kumar. Ini adalah masalah yang biasa dihadapi oleh
ramai kanak-kanak dan ibu bapa mereka. Apabila ini berlaku, waktu makan
yang sepatutnya menyeronokkan bagi ibu bapa dan anak-anak, akan bertukar
menjadi keadaan yang merimaskan.
Mengasuh anak-anak makan dengan betul
Sebagai
ibu bapa, banyak yang anda boleh lakukan untuk menyemaikan tabiat makan
yang sihat dalam diri anak anda. Anda yang menentukan apa yang perlu
dimasak dan dihidangkan untuk keluarga anda. Ini adalah kerana anda
merupakan orang yang paling berpengaruh dalam kehidupan mereka, dan
paling layak untuk menggalakkan tabiat makan yang sihat.
Lebih
penting lagi, anda berpeluang untuk menunjukkan teladan yang baik.
Anak-anak menganggap anda sebagai suri teladan. Lantaran itu, anda boleh
memainkan peranan paling berkesan dalam usaha melentur anak-anak dan
membiasakan mereka dengan tabiat makan yang sihat, baik di rumah mahu
pun di luar. Setelah menerapkan amalan ini dalam diri mereka, anda tidak
perlu lagi bimbang tentang kemungkinan mereka membuat pilihan makanan
yang salah.
Malangnya,
masih terdapat ramai ibu bapa di Malaysia yang tidak berusaha untuk
memberi anak-anak mereka makanan yang berkhasiat dan menanamkan tabiat
makan yang baik sejak mereka kecil, atau apabila mereka mula bersekolah.
Adakah kanak-kanak Malaysia mengalami masalah pemakanan?
Kebanyakan
kanak-kanak Malaysia mendapat makanan yang secukupnya. Walau
bagaimanapun, masih terdapat juga ramai kanak-kanak yang mungkin
mengalami masalah malpemakanan. Masalah ini timbul sama ada disebabkan
mereka tidak mendapat kalori dan nutrien secukupnya atau mereka
mengambil makanan secara berlebihan. Menurut Tinjauan Kebangsaan
Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) III yang dijalankan di seluruh negara
pada 2006, satu daripada lima kanak-kanak kita mengalami masalah
pemakanan, dengan berat badan dan ketinggian yang tidak sepadan dengan
usia mereka.
- Makan secara berlebihan
Kumpulan
kanak-kanak yang mengalami berat badan berlebihan adalah mereka yang
berumur antara 7 hingga 13 tahun. Kanak-kanak yang makan secara
berlebihan akan menjadi gemuk apabila dewasa. Kajian menunjukkan bahawa
keadaan ini boleh meningkatkan risiko mereka menghidap penyakit seperti
diabetes (kencing manis) dan hipertensi (tekanan tinggi) apabila usia
mereka meningkat. Berlebihan berat badan atau kegemukan juga menyebabkan
mereka menjadi lebih prihatin terhadap penampilan diri dan boleh
menimbulkan perasaan rendah diri.
- Kekurangan zat makanan
Kanak-kanak
dianggap kurang mendapat zat makanan apabila mereka tidak mendapat
cukup tenaga daripada makanan. Ini juga boleh mengakibatkan kekurangan
pengambilan pelbagai nutrien penting. Kanak-kanak ini lebih mudah
mendapat jangkitan dan selalunya tidak mencapai potensi pertumbuhan yang
optimum.
Mengapa kanak-kanak mengalami masalah pemakanan?
Rakyat
Malaysia boleh dikatakan hidup senang dan dimanjakan dengan banyak
pilihan makanan. Jadi, mengapa masih ramai kanak-kanak kita yang
mengalami masalah pemakanan? Sebab utama ialah tabiat makan yang tidak
betul dan pengambilan makanan yang tidak seimbang. Ini berpunca daripada
kekurangan pengetahuan tentang pemakanan di kalangan ibu bapa, dan juga
kekurangan perhatian dan penjagaan ibu bapa.
Satu
kajian yang dijalankan dua tahun lepas oleh Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM) ke atas lebih 9,000 murid sekolah rendah berumur 7-12
tahun menunjukkan bahawa kanak-kanak di Malaysia mempunyai tabiat makan
yang tidak sihat dan kurang melakukan aktiviti fizikal. Hasil kajian itu
juga menunjukkan:
1. Tidak mengambil sarapan
Satu
dalam setiap tiga murid sekolah rendah tidak mengambil sarapan. Apabila
anak-anak anda tidak mengambil sajian pertama yang penting dalam
sehari, mereka tidak mendapat cukup tenaga untuk membolehkan mereka
cerdas dan memberi tumpuan dalam kelas. Mereka juga menjadi lesu dan
mudah merasa letih.
2. Snek tidak sihat
Empat
daripada sepuluh murid sekolah rendah mengambil snek setiap hari.
Tabiat makan snek yang tidak sihat, sama ada mengambil snek terlalu
hampir dengan waktu makan atau mengambil snek dengan kalori tinggi dan
nutrien rendah seperti kentang goreng, coklat dan gula-gula, boleh
mengganggu selera anak-anak untuk makan sajian yang sihat apabila tiba
waktu makan.
3. Gaya hidup santai dan kurang aktiviti fizikal
Dua
daripada lima murid sekolah rendah tidak aktif. Semakin ramai
kanak-kanak menghabiskan masa lapang mereka dengan aktiviti santai
seperti menonton televisyen, membaca, dan leka dengan permainan
komputer/elektronik. Tiada perbezaan besar antara kanak-kanak bandar dan
luar bandar.
Permulaan hari yang sihat
Jika
anak anda cerewet makan, langkah pertama ialah kenal pasti punca
masalah. Adakah mereka tidak mengambil sarapan? Kurang aktiviti fizikal
atau kerap makan snek? Apabila sudah mengenal pasti puncanya, anda boleh
mengambil langkah yang sesuai untuk menangani masalah ini.
Sebagai
ibu bapa, anda memainkan peranan yang sangat penting untuk memperkasakan
diri anda sendiri, supaya anda dapat menanamkan tabiat makan yang sihat
di kalangan anak anda sejak kecil. Pelajari asas pemakanan yang baik
dan turunkan pengetahuan ini kepada anak-anak anda.
Ajar
anak anda memilih makanan mereka dengan bijak, serta mengamalkan tabiat
makan yang sihat dan gaya hidup aktif sejak kecil. Ini akan memastikan
mereka mempunyai asas yang kuat untuk membesar menjadi remaja dan orang
dewasa yang sihat sepanjang hayat.
HIDUP INI UMPAMA SEBATANG PENSEL
Kita diciptakan Allah SWT dengan tujuan untuk mentadbir bumi dan
beribadah kepadanya serta berbakti kepada sesama manusia. Kita adalah
sebaik-baik kejadian dan setiap daripada kita mempunyai keistimewaan
yang tersendiri. Tiada manusia yang dilahirkan ke dunia ini bodoh.
Setiap daripada kita mempunyai kemahiran serta kepandaian yang
tersendiri. Janganlah mudah putus asa dengan kelemahan diri. Jadikan lah
segala kekurangan sebagai pemangkin untuk memperbaiki segala kelemahan.
Dugaan dan cabaran sentiasa datang silih berganti. Hadapi segalanya
dengan minda yang positif dan selalulah lihat sisi positif yang ada pada
diri sendiri. InsyaAllah.. kita akan mampu berjaya dan memenuhi fitrah
serta tujuan kita diciptakan.
Lihatlah pada
sebatang pensel.. Ambillah iktibar daripadanya. Pensel diciptakan untuk
menulis dan ia hanya akan menulis seandainya ia membiarkan dirinya
dipegang oleh tangan seorang manusia. Baik atau buruk kandungan tulisan
itu bergantung kepada si penulisnya. Begitulah juga dengan kehidupan
kita, kita akan mampu berjaya dalam kehidupan ini seandainya kita
dibimbing oleh orang-orang yang positif. Lebih bagus dan pasti lebih
berjaya jika kita sentiasa berpegang teguh pada ajaran Islam dan
mendapat petunjuk daripada Allah SWT. Namun, jika kita membiarkan diri
kita hanyut tanpa bimbingan, bergaul dengan mereka yang salah serta
mengikut telunjuk syaitan.. pasti kita akan rugi dan gagal.
Jikalau
sebatang pensel itu perlu diasah berulang kali agar sentiasa tajam
untuk terus menulis. Masakan pensel itu dapat menulis dengan sempurna
jika ia sentiasa berkeadaan tumpul. Begitulah jua dengan kita. Dalam
menjalani hidup ini, pasti banyak cabaran dan masalah yang perlu kita
hadapi. Semuanya itu semata-mata untuk mendewasakan dan mematangkan kita
demi menjadi seorang insan yang tabah, yang tak pernah kenal erti putus
asa. Dugaan hidup perlu agar kita dapat membina kekuatan diri untuk
berjaya dalam kehidupan.
Jika dilihat, kebiasaanya
sebatang pensel itu terdapat padanya sebutir pemadam di pangkal yang
membolehkannya memadam kesilapan ketika menulis. Begitu juga dengan
kita, kita mampu memperbaiki segala kesilapan atau kesalahan yang kita
lakukan. Andai tersilap langkah, dengan bimbingan, kita mampu
memperbetulkannya. Dan cubalah untuk tidak mengulangi kesalahan itu.
Kita bukanlah insan yang seratus peratus sempurna. Kita pasti akan
melakukan kesilapan. Apa yang penting, kesilapan itu harus diperbaiki.
Segala kesalahan akan mematangkan kita. Kegagalan adalah pengalaman yang
berharga sebelum kita mencapai kejayaan. Kejayaan itu adalah kegagalan
yang diputarbalikkan. Namun, jangan biarkan diri sentiasa dalam
kegagalan. Sentiasalah berkeinginan untuk mengubah diri menjadi yang
lebih baik. Usah jatuh ke lubang yang sama dua kali.
Bagi
sebatang pensel, isi dalamnya lah yang membolehkan ianya berfungsi
menulis. Tanpa rod karbon yang terdapat di dalamnya, pasti pensel tidak
akan mampu menulis. Samalah seperti kita, faktor dalaman yakni hati dan
rohani yang kukuh pasti dapat mendorong kita menjadi insan yang sentiasa
bermotivasi serta selalu berusaha untuk berjaya. Minda positif yang
tersemat dalam pemikiran beserta kekuatan jiwa yang ampuh pasti akan
menggerakkan fizikal kita untuk beribadah dan bekerja
bersungguh-sungguh. InsyaAllah, kita pasti akan berjaya.
Tidak
kira pada apapun permukaan atau jenis kertasnya, pensel akan tetap
meninggalkan kesan atau bekas tulisan dan pensel itu akan terus
digunakan untuk menulis. Begitulah juga dengan kita, pada apa jua
situasi, teruslah berbakti dan meninggalkan kesan serta manfaat yang
positif untuk orang-orang di sekeliling kita. Janganlah sekali-kali
meninggalkan kesan yang buruk dan mengundang benci orang pada kita.
Jangan kita menyakiti hati mereka di sekeliling kita. Tunjukkan lah
sikap yang positif agar orang menghargai kita.
Bersyukurlah
dan hargailah kekuatan diri sendiri agar kita dapat terus berbakti.
Itulah tujuan hidup ini. Berilmu untuk berjasa dan hidup untuk berbakti
kepada sesama manusia. Jadikan iman, akhlak dan syariat sebagai tunjang
kehidupan. Hargailah diri sendiri agar orang menghargai diri kita.. kita
ini istimewa dan sentiasalah berusaha untuk memenuhi tujuan mengapa
kita ini diciptakan
Sumber : Mr Bad.
Selasa, 7 Februari 2012
Petua Imam syafie
[PETUA IMAM SYAFIE]
Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas
Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam
Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama
4 CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.
doa.
zikir.
itulah kekuatan seorang muslim :)
[PETUA IMAM SYAFIE]
Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas
Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam
Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama
4 CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.
doa.
zikir.
itulah kekuatan seorang muslim :)
Mengapa Turunkan Berat Badan?
Jika anda ada terlalu banyak lemak – terutamanya jika kebanyakannya pada pinggang anda – anda berada pada risiko yang lebih tinggi bagi masalah-masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, kolesterol darah tinggi dan kencing manis. Dan anda tidak sendirian! Lebih 60% dari rakyat Malaysia adalah terlebih berat badan, dengan 50% dari jumlah itu berada dalam kategori obes. Statistik ini adalah mencemaskan kerana obesiti sekarang dikenalpasti sebagai faktor risiko utama dan sendirian bagi penyakit jantung.
Turunkan Berat BadanBMI anda: Indeks jisim tubuh (BMI) menilai berat badan anda relatif kepada ketinggian. Ianya satu ukuran komposisi tubuh yang berguna kerana ia menghubungkaitkan lemak tubuh dalam kebanyakan orang. Jika indeks jisim tubuh anda ialah 25.0 atau lebih, anda akan mendapat manfaat dengan menurunkan nombor anda ke bawah 25. Jika BMI anda adalah 30.0 atau lebih tinggi, anda pada risiko jelas bagi mendapat masalah kesihatan jantung.
Mengapa Menurunkan Berat Badan Penting Untuk Kesihatan Saya?
Bayangkan membawa beg galas 10 kg sepanjang hari, setiap hari. Ia membebankan, samalah juga seperti berat badan berlebihan. Apabila anda membuang lemak berlebihan dan berat yang tidak diperlukan, anda mengurangkan beban jantung, paru-paru, salur-salur darah dan tulang-tulang anda. Anda memberikan diri anda pemberian untuk hidup dengan aktif, merendahkan tekanan darah anda dan juga membantu anda rasa diri lebih baik dan yakin.
Apa Yang Boleh Saya Buat Untuk Menurunkan Berat Badan?
Jika anda terlebih berat badan atau obes, anda boleh mengurangkan risiko anda untuk mendapat penyakit jantung dengan menurunkan berat badan dan mengekalkannya. Malah menghilangkan seserendah dua atau tiga kilogram boleh memberikan penurunan tekanan darah yang dramatik.
Ketahui keperluan kalori anda: Apabila merancang untuk menghilangkan berat badan, ianya penting untuk memahami apakah pengambilan kalori yang disarankan yang perlu bagi jantina, umur dan tahap aktiviti fizikal anda.
Kesan dan jejak kalori anda: Walau jika anda menjejak apa yang anda makan selama beberapa hari, anda akan belajar banyak tentang tabiat anda. Kira jumlah kalori makanan yang anda makan berbanding dengan kalori tenaga yang anda gunakan pada tahap aktiviti fizikal anda. Ianya adalah berkaitan dengan mengimbangkan kalori masuk dan kalori keluar, dan belajar merancang sewajarnya untuknya.
sumber: Laman Kesihatan
Isnin, 6 Februari 2012
INGIN KELIHATAN CANTIK ...
CORPSDEREVE DX Lingerie Long Set (Body Shaper)
Kelihatan Hebat dari Setiap Sudut
Mengapa sesetengah pakaian kelihatan hebat pada orang lain tetapi bukan pada diri kita? Anda boleh menyalahkan baka, makan tengah malam yang tetap malah penuaan, tetapi adakah terdapat penyelesaian sebenar?
Dengan rekaan ergonomik Corpsdereve DX, anda bukan sahaja dapat menyaksikan suatu transformasi segera, malah dengan penggunaan tetap, lemak badan anda boleh dialihkan dan ditempatkan semula pada lengkungan menawan.
Corpsdereve menggunakan teknologi Imbasan Garisan Badan dan peralatan pengukuran tekanan untuk mendapatkan sudut 3-D badan manusia. Ia kemudian menentukan daya hubungan ideal bahagian badan untuk kesan pembentukan optimal dan keselesaan. Perisian rekaan berkomputer yang berkuasa serta proses Pengilangan Berasaskan Komputer kemudiannya mencipta satu model ergonomik yang sahih dengan data berkomputer untuk pemotongan-persis fabrik yang berkelajuan tinggi. Tambahan, setiap set Corpsdereve memerlukan 156 proses jahitan yang berlainan di bawah kepakaran 81 orang jurujahit yang berpengalaman.
Berasa hebat secara dalaman dan luaran dengan rekaan les dinamik Corpsdereve DX yang menggunakan teknologi jahitan canggih dari Eropah. Net kuasa yang mengandungi kapas lembut direka untuk pelbagai bahagian menawarkan keselesaan muktamad, keanjalan dan ketahanan. Alami kuasa transformasi dengan Corpsdereve DX dan memiliki potongan badan sempurna hari ini!
CORPSDEREVE DX Long Girdle
Menemui rahsia potongan pinggul yang menawan dengan Corpsdereve DX Girdle Panjang. Pemotongan 3-D dan net kuasa berganda dua dan tiga yang diposisikan secara strategik bekerja secara sigergistik untuk mengangkat, mengunci dan menetapkan lemak badan demi mencipta pinggul yang lebih montok dan paha yang ramping. Selain itu, panel berbentuk pentagon mengempiskan perut secara berkesan untuk penampilan yang kempis dan tegang.
SEKIRANYA BERMINAT UNTUK MENDAPATKANNYA HUBUNGI SAYA 013-6547778 ( PN NORSHAM)
mAKAN DENGAN LEBIH BAIK
Diet dan gaya hidup yang sihat adalah senjata terbaik anda untuk melawan penyakit kardiovaskular. Bagaimanapun, terdapat banyak maklumat yang bercampur aduk dengan mitos berkaitan dengan pemakanan yang sihat. Adalah tidak mengejutkan andai banyak di antara kita yang terkeliru tentang jenis-jenis lemak. Kita juga ada banyak persoalan berkaitan dengan garam, daging dan hasil tenusu. Dengan semua perbezaan-perbezaan pendapat, adalah baik untuk mendapat maklumat dari sumber yang boleh dipercayai, agar anda dapat membuat pilihan yang bijak bagi diet anda untuk faedah jangka masa panjang terhadap jantung dan kesihatan anda. Corak pilihan keseluruhan andalah yang paling diambil kira.
Makanan Sihat.Apa yang Paling Penting?
Anda mungkin makan banyak makanan, tetapi tubuh anda mungkin tidak mendapat zat-zat yang diperlukannya untuk menjadi sihat. Makanan kaya zat mengandungi mineral, vitamin, serat dan zat-zat lain, tetapi rendah kalori. Untuk mendapat zat-zat yang anda perlukan, kerapkan memilih makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, produk bijirin dan produk tenusu tanpa lemak atau rendah lemak. Pakar kesihatan mengesyorkan anda makan pelbagai makanan berkhasiat setiap hari dari setiap kumpulan asas makanan.
Garis Panduan Pilihan Makanan Yang Disyorkan
Buah-buahan dan sayuran adalah tinggi vitamin, mineral dan serat – dan ianya rendah kalori. Memakan pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran boleh membantu anda mengawal berat dan tekanan darah anda.
Makanan bijirin tidak hancur mengandungi serat yang boleh membantu menurunkan kolesterol darah anda dan membantu anda berasa kenyang, yang akan membantu anda menguruskan berat badan anda.
Makan ikan sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Kajian yang telah dilakukan menunjukkan ikan berminyak mengandungi asid lemak omega-3 boleh membantu merendahkan risiko kematian kerana penyakit arteri koronari. Pilih daging tanpa kulit dan sediakannya tanpa menambah lemak tepu dan lemak trans. Pilih produk tenusu tanpa lemak, lemak 1 peratus dan rendah lemak.
Kurangkan makanan yang mengandungi minyak sayuran separa dihidrogenasikan untuk mengurangkan lemak trans dalam diet anda. Sasarkan untuk makan kurang dari 300 miligram kolesterol setiap hari. Sediakan dan pilih makanan sedikit atau tanpa garam. Sasarkan untuk makan kurang dari 1500 miligram garam setiap hari.
KAWAL KOLESTEROL
Kolesterol ialah sejenis bahan yang seakan lemak, lembut dan berlilin yang berada dalam salur darah dan dalam semua sel-sel badan anda. Kolesterol adalah sebahagian penting bagi tubuh yang sihat kerana ianya digunakan untuk menghasilkan membran sel dan sesetengah hormone, dan berfungsi dalam fungsi-fungsi tubuh yang lain. Tetapi terlalu banyak kolesterol dalam darah adalah satu risiko yang besar untuk penyakit jantung koronari (yang akan membawa kepada serangan jantung) dan juga angin ahmar.
Apakah Dia Kolesterol?
Kolesterol dating dari dua sumber: badan anda dan makanan. Hati anda dan sel-sel lain dalam tubuh anda menghasilkan 75 peratus dari kolesterol darah. Selebihnya 25 peratus datang dari makanan yang anda makan.
Kolesterol LDL adalah kolesterol ‘jahat’. Apabila ia terlalu banyak berkitar dalam darah, ia boleh menyumbat arteri, meningkatkan risiko anda untuk serangan jantung dan strok. Kolesterol LDL dihasilkan secara semulajadi oleh tubuh, tetapi ramai orang mewarisi gen yang menyebabkan mereka menghasilkannya terlalu banyak. Memakan lemak tepu, lemak trans dan kolesterol makanan juga meningkatkan jumlahnya yang ada pada anda.
Saranan dari Pakar
Adalah penting bagi semua untuk mengetahui tahap kolesterol mereka. Jumlah kolesterol darah adalah ukuran paling biasa bagi kolesterol darah. Ia adalah jumlah yang anda perolehi dari keputusan ujian. Kolesterol diukur dalam miligram per desiliter darah (mg/dL). Tahap kolesterol sebanyak 200 mg/dL atau lebih meletakkan diri anda dalam kategori berisiko tinggi dan menjadi penyebab untuk anda bertindak.
Bagaimana Untuk Merendahkan Kolesterol
Berita baiknya adalah, anda boleh menurunkan kolesterol anda dan mengurangkan risiko penyakit jantung dan angin ahmar. Sama ada anda telah diberi ubat preskripsi atau dinasihatkan untuk membuat perubahan diet dan gaya hidup untuk membantu menurunkan kolesterol anda, ikutilah saranan doktor anda dengan baik. Untuk mengekalkan kolesterol anda dalam kawalan anda disarankan: membuat jadual untuk ujian kolesterol, makan makanan yang rendah kolesterol dan lemak tepu dan bebas dari lemak trans, kekalkan berat yang sihat, dan sentiasa aktif secara fizikalnya.
Rabu, 25 Januari 2012
25 tanda-tanda sakit
Artikel ini sangat bagus
untuk rujukan kita semua. Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan
berhubung kait dengan fungsi badan yang lain.
Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda :-
-Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
- Perut mengandungi angin.
- Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna Dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
2. Bibir kering Dan pecah.- Perut mengandungi banyak bahan toksin.
A) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
B) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.
C) Kebas Tangan Kiri Dan Lengan : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung.
Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan Dan kekal di sana , ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
D) Kebas Kaki : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
E) Sakit Tapak Kaki : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman Dan duduk terlalu lama.
F) Sakit Tumit Kaki : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
G) Rasa Panas Di Tapak Kaki : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
H) Gatal Celah-celah Jari Kaki : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).
A. KEPALA.
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung Dan saraf otak.
B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental Dan banyak berfikir.
C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
I) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
Ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit
migrain.
E. BISUL TERJADI DI KEPALA
Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
F. RASA PENING YANG MEMUSING
Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.
A. LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah.. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
B. MUNTAH DARAH
A) KERAP KENCING : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang
B) AIR KENCING BERKAPUR : Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
C) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
berlemak.
D) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan
toksin sedang berlaku.
E) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.
A) CIRIT-BIRIT/ KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari
usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan
penyakit barah di bahagian usus besar.
B) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
C) NAJIS BERDARAH
D) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian
usus sedang berlaku.
B) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH : Badan mengandungi asid yang
berlebihan.
C) BADAN TERASA PANAS : Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini
menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan
toksin.
D) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang
berlaku.
Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda :-
- 1.MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati)
- Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.Mata menjadi merah menandakan badan Kita sedang dalam proses pembuangan toksin. Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
- Keluar tahi Mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
- Keluar air Mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja.
- Ketegangan Mata Dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.
- 2.HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong)
- Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
- Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
- Bersin ;
-Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
- 3.BATUK
- Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
- Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa Hari memakan RG..
- Batuk Dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong Dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.
- 4.KERONGKONG
- Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan Kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
- Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.
- 5.BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
- Bibir pucat
- Perut mengandungi angin.
- Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna Dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
2. Bibir kering Dan pecah.- Perut mengandungi banyak bahan toksin.
- 6.MULUT DAN LIDAH (Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah)
- Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
- Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
- Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.
- 7.TELINGA (Berkaitan dengan buah pinggang)
- Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
- Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi Dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.
- 8.KULIT BERPELUH :
A) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
B) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.
- 9.RUAM DAN BISUL
- 10.KULIT GATAL DENGAN RUAM
- 11. KULIT PECAH DAN BERAIR
- 12. RAMBUT GUGUR
- 13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
- Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan Dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
- Tidak rasa panas .Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .
- Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
C) Kebas Tangan Kiri Dan Lengan : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung.
Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan Dan kekal di sana , ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
D) Kebas Kaki : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
E) Sakit Tapak Kaki : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman Dan duduk terlalu lama.
F) Sakit Tumit Kaki : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
G) Rasa Panas Di Tapak Kaki : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
H) Gatal Celah-celah Jari Kaki : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).
- 14. TANDA-TANDA DALAMAN
A. KEPALA.
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung Dan saraf otak.
B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental Dan banyak berfikir.
C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
I) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
Ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit
migrain.
E. BISUL TERJADI DI KEPALA
Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
F. RASA PENING YANG MEMUSING
Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.
- 15. MULUT/KERONGKONG/ LIDAH
A. LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah.. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
B. MUNTAH DARAH
- Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong
- Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.
- 16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.
- 17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman
- 18. KENCING
A) KERAP KENCING : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang
B) AIR KENCING BERKAPUR : Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
C) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
berlemak.
D) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan
toksin sedang berlaku.
E) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.
- 19. BUANG AIR BESAR
A) CIRIT-BIRIT/ KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari
usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan
penyakit barah di bahagian usus besar.
B) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
C) NAJIS BERDARAH
- Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
- Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
D) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian
usus sedang berlaku.
- 20. BADAN
- Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
- Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
- Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
- Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
B) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH : Badan mengandungi asid yang
berlebihan.
C) BADAN TERASA PANAS : Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini
menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan
toksin.
D) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang
berlaku.
- 21. RASA TAKUT MENGEJUT
- 22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH
- 23. RASA BIMBANG DAN TAKUT
- 24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
- Sistem jantung yang lemah.
- Sistem saraf otak yang lemah.
- Masalah pengaliran darah.
- 25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL
Selasa, 24 Januari 2012
AKIBAT MEMAKI IBU (PEDOMAN 101)
Lebih
kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku
Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang
sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan
gelap serta sunyi dan hening. Hanya saya dan seorang penjaga bilik
tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan
hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih, badannya kecil dan
berusia awal 20-an.
Allah
Maha Berkuasa. Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi
sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai
aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula
bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil
di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi
detik berlalu,wajah jenazah semakin hitam.
Selepas
lima minit berlalu,barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah
mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam
seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung
memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di
kepala saya. Apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu?
Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di
fikiran saya.
Sedang
saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju
ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang
berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 pagi Semakin lama
dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia
berusia 60-an dan memakai baju kurung.
Ustaz,” kata wanita itu. “Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut.
Jadi
saya nak tengok jenazahnya.” kata wanita berkenaan dengan lembut.
Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya, namun saya membawa juga
wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain
penutup wajahnya.
“Betulkah
ini mayat anak mak cik?”tanya saya. “Mak cik rasa betul… tapi kulitnya
putih.” “Makcik lihatlah betul-betul.” kata saya. Selepas ditelitinya
jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah
anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali
lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat.
Tiba
di luar saya bertanya kepadanya. “Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa
sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?”
tanya saya. Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis
teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab.
Dia seperti menyembunyikan sesuatu. “Baiklah, kalau mak cik tidak mahu
beritahu, saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. ” kata saya
untuk menggertaknya.
Bila
saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya. Sambil
mengesat airmata, dia berkata, “Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh
dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya
buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah
sepatahpun. Dia memang anak yang baik.
Tapi…”
tambah wanita itu lagi “apabila makcik kejutkan dia untuk bangun
sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia,
suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi
kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang, anak makcik ini akan terus
naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan.” kata wanita tersebut.
Jawapannya
itu memeranjatkan saya. Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang
siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari
wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja
ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam.
Selepas
menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk
pulang. Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang
gelap. Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan
menyembahyangkannya. Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula.
Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya
sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Selang
dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk
menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang
diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara
Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya. Selepas
memperkenalkan diri, saya berkata, “Encik, kenapa encik biarkan orang
tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih
elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di
Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang.”
Pertanyaan
saya itu menyebabkan dia terkejut, “Orang tua mana pula?” katanya. Saya
ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya,
tuturannya serta pakaiannya. “Kalau wanita itu yang ustaz katakan,
perempuan itu adalah emaknya, tapi…. emaknya dah meninggal lima tahun
lalu!”
Saya
terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi ‘apakah’ yang
datang menemui saya pagi itu? Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata
sebenarnya, saya yakin ia adalah ‘sesuatu’ yang Allah turunkan untuk
memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan
wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa tersebut telah terjadi
lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.
Ia
mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa jika
seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja, dia
akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun. Bayangkanlah seksaan
yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu
tahun di dunia. Kalau 80,000 tahun?
sumber dari Pedoman 101
Rabu, 4 Januari 2012
Doa Penggerak
Rasulullah
s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu
pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang
membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada
hadis di atas adalah
seperti berikut;
seperti berikut;
Mengikut
kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut;
1.
Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
2.
Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
3.
Berbahaya
4.
Melarat, Bertambah Payah
Dengan
itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan
terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang
diperolehi ialah kita akan;
1.
Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
2.
Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3.
Selamat dari bahaya.
4.
Tidak melarat, Menjadi Senang.
Keberuntungan beramal dengan doa ini
Terhindar Daripada Bahaya
Tuan
Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana
dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak
bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan
petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;
•
Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh,
mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan
sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko
seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di
tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak
tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala
bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.
•
Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan
seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan
daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi
bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau
pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga
tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan
perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau
pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita
boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.
Perlu
diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan
yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan
kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram
iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal
telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.
Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan
Makanan
dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia
yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi
terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang.
Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser,
diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman.
Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan
adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum
menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca
doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak
memudaratkan tubuh badan kita.
Terhindar Daripada Sihir
Perbuatan
belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang
syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di
dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.
Kesan
perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan
kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk
tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh
membawa maut. Ada
perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan
hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti
secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.
Pengalaman
penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai
tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba
pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat
penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas
ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini
berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia
terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap
kali sebelum menjamah makanan dan minuman.
Dalam
hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan
makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang
menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan
tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan
merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.
Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus
Apabila
kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk
halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di
bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah
kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini
insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan
memudaratkan kita.
Satu
perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang
disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke
dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka
mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak
henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga
kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.
Di
dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca
doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya
kurang daripada tiga.
Semoga
artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya,
insya'Allah.
Isnin, 2 Januari 2012
JPA, CUEPACS LAKUKAN BEBERAPA PINDAAN SEGERA TAMBAH BAIK SBPA
Bernama
28/12/2011
28/12/2011
PUTRAJAYA, 27 Dis (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) bersetuju melaksanakan beberapa pindaan segera untuk menambah baik Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
Presiden CUEPACS Datuk Omar Osman berkata JPA bersetuju membuat pindaan segera dalam taklimat dan rundingan lebih empat jam yang turut dihadiri Ketua Pengarah JPA Tan Sri Abu Bakar Abdullah.
Beliau berkata antara pindaan itu ialah markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) dikurangkan daripada 75 peratus kepada 65 peratus untuk kenaikan gaji.
Selain itu, markah 'Exit Policy' turut dikurangkan daripada 70 peratus kepada 60 peratus, dan tempohnya dilanjutkan daripada enam bulan kepada 12 bulan.
"Taklimat ini melihat cadangan CUEPACS ada yang diterima dan ada yang dikaji semula. Kami berasa lega kerana berjaya mencapai satu keputusan bersama dalam SBPA," katanya kepada pemberita di lobi pejabat JPA.
Terdahulu, Omar bersama pemimpin dan ahli majlis CUEPACS menghadiri taklimat yang memberi gambaran terperinci berhubung pelaksanaan SBPA yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Jan ini.
Pada Isnin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan CUEPACS dan JPA segera berunding bagi menyelesaikan isu itu.
Omar berkata CUEPACS menerima SBPA dan menyarankan penjawat awam menandatangani surat tawaran JPA.
Beliau juga berkata JPA dan CUEPACS setuju mengadakan rundingan bersama setiap tiga bulan bagi membuat semakan dan kajian menyeluruh untuk menambah baik SBPA.
Jumaat lepas, JPA bersetuju melanjutkan tarikh penerimaan tawaran opsyen SBPA bagi penjawat awam sehingga 15 Jan depan, bagaimanapun, tempoh penerimaan opsyen bagi umur persaraan pada 60 tahun kekal pada 30 Dis ini.
-- BERNAMA
Presiden CUEPACS Datuk Omar Osman berkata JPA bersetuju membuat pindaan segera dalam taklimat dan rundingan lebih empat jam yang turut dihadiri Ketua Pengarah JPA Tan Sri Abu Bakar Abdullah.
Beliau berkata antara pindaan itu ialah markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) dikurangkan daripada 75 peratus kepada 65 peratus untuk kenaikan gaji.
Selain itu, markah 'Exit Policy' turut dikurangkan daripada 70 peratus kepada 60 peratus, dan tempohnya dilanjutkan daripada enam bulan kepada 12 bulan.
"Taklimat ini melihat cadangan CUEPACS ada yang diterima dan ada yang dikaji semula. Kami berasa lega kerana berjaya mencapai satu keputusan bersama dalam SBPA," katanya kepada pemberita di lobi pejabat JPA.
Terdahulu, Omar bersama pemimpin dan ahli majlis CUEPACS menghadiri taklimat yang memberi gambaran terperinci berhubung pelaksanaan SBPA yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Jan ini.
Pada Isnin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan CUEPACS dan JPA segera berunding bagi menyelesaikan isu itu.
Omar berkata CUEPACS menerima SBPA dan menyarankan penjawat awam menandatangani surat tawaran JPA.
Beliau juga berkata JPA dan CUEPACS setuju mengadakan rundingan bersama setiap tiga bulan bagi membuat semakan dan kajian menyeluruh untuk menambah baik SBPA.
Jumaat lepas, JPA bersetuju melanjutkan tarikh penerimaan tawaran opsyen SBPA bagi penjawat awam sehingga 15 Jan depan, bagaimanapun, tempoh penerimaan opsyen bagi umur persaraan pada 60 tahun kekal pada 30 Dis ini.
-- BERNAMA
Sabtu, 31 Disember 2011
3 SYARAT BINA KELUARGA BAHAGIA
INSTITUSI kekeluargaan menjadikan kehidupan manusia sentiasa berjemaah. Ketua keluarga bukan saja memimpin ahli keluarga, tetapi juga mengamalkan unsur syura dalam semua perkara membabitkan ahli keluarga.
Dalam kehidupan berjemaah, suami, isteri dan anak akan solat bersama, makan, membeli-belah, beriadah dan melakukan aktiviti kekeluargaan tanpa mengetepikan ahli keluarga yang lain.
Rumah ibarat syurga yang menyempurnakan kehidupan manusia, segala-galanya ada di dalamnya, penghuninya berasa selamat dilindungi, apatah lagi dipimpin oleh ketua keluarga bertanggungjawab serta sarat kasih sayang.
Rumah tangga yang pincang kerana pemimpinnya tidak berkhidmat untuk ahli yang dipimpin, maka tidak akan mencapai objektif perkahwinan dan berkeluarga seperti mana dituntut agama.
Islam mensyariatkan perkahwinan kerana memenuhi fitrah manusia yang tidak boleh hidup sendirian. Manusia memerlukan perhatian, pertolongan, sokongan dan pasangan untuk berkongsi kelemahan serta kekuatan yang boleh melengkapkan sebuah kehidupan menuju ke akhirat.
Tujuan perkahwinan adalah untuk mencapai ketenangan dan kebahagiaan dalam kehidupan. Firman Allah yang bermaksud: “Dan antara tanda-tanda kebesaran Allah itu bahawa Dia jadikan bagi kamu pasangan hidup supaya kamu mendapatkan ketenangan/kebahagiaan bersamanya. Kemudian Allah ciptakan antara kamu berdua mawaddah dan rahmah.” (Surah ar-Rum, ayat 21)
Melalui perkahwinan manusia akan hidup dalam mawaddah, musyawarah dan amanah. Lumrah berpasangan mengasihi antara satu sama lain kerana mereka saling melengkapi, justeru mawaddah menjadikan manusia berhemah sesama makhluk Allah dan bertolak ansur sesama insan.
Keperluan mawaddah bukan hanya untuk memenuhi keinginan seksual, juga keperluan jiwa dan nurani manusia yang sentiasa ingin didampingi pasangan bagi berkongsi susah dan senang.
Mawaddah berasaskan nafsu serakah semata-mata akan menghilangkan rahmah dalam kehidupan berumah tangga sehingga memungkinkan suami atau isteri meninggalkan pasangannya kerana orang lain.
Musyawarah pula bermula apabila pasangan saling menghormati, memahami keperluan dan kehendak masing-masing, justeru cuba memenuhinya tanpa mengorbankan salah satunya. Tetapi, menjadi sebaliknya apabila konsep berjemaah dan syura tidak lagi diterapkan dalam rumah tangga.
Amanah menjadikan pasangan suami isteri lebih bertakwa kepada Allah kerana ia memberi ‘sesuatu’ kepada suami dan isteri supaya bertanggungjawab terhadap pemberian itu. Ia sekali gus menjadikan mereka amanah dan amanah menjadikan mereka bertakwa.
Bagaimanapun, perkahwinan menjadi kehidupan sukar buat setiap pasangan yang tidak mampu mencapai objektif perkahwinan dalam Islam. Rumah tangga yang tidak mampu ditegakkan dengan mawaddah, musyawarah dan amanah akan mudah ranap dan runtuh.
Memang benar perceraian paling dibenci Allah, tetapi tidak bermakna suami isteri harus terus membiarkan diri mereka tenat di bawah runtuhan rumah tangga.
Jika perkahwinan menjadi penyebab manusia semakin galak melakukan maksiat dan mengingkari perintah Allah, sudah tentu perkahwinan itu perlu dijauhi.
Sebab itulah walaupun hukum asal perkahwinan itu sunat kerana diamalkan oleh Rasulullah SAW, ulama menetapkan hukum perkahwinan berbeza mengikut situasi individu.
Malah, perkahwinan diharamkan jika suami tidak mampu membina mawaddah, musyawarah dan amanah, seperti menzalimi isteri serta tidak memberi nafkah zahir dan batin.
Justeru, tiada rasionalnya untuk meneruskan sebuah perkahwinan jika ia menjadikan manusia semakin jauh daripada kasih sayang Allah. Suami atau isteri yang tiada mawaddah, musyawarah dan amanah menjadikan pasangannya tidak taat, setia, sekali gus merosakkan rumah tangga dibina.
Malah ia berkemungkinan mengakibatkan berlakunya perbuatan lain yang membuatkan mereka semakin ingkar terhadap peraturan Allah. Perceraian bukanlah keseronokan, ia bukan juga penentu sebuah kehidupan baru yang akan dibina akan lebih baik dari sebelumnya, tetapi ia adalah jalan keluar dari kesukaran
Dalam kehidupan berjemaah, suami, isteri dan anak akan solat bersama, makan, membeli-belah, beriadah dan melakukan aktiviti kekeluargaan tanpa mengetepikan ahli keluarga yang lain.
Rumah ibarat syurga yang menyempurnakan kehidupan manusia, segala-galanya ada di dalamnya, penghuninya berasa selamat dilindungi, apatah lagi dipimpin oleh ketua keluarga bertanggungjawab serta sarat kasih sayang.
Rumah tangga yang pincang kerana pemimpinnya tidak berkhidmat untuk ahli yang dipimpin, maka tidak akan mencapai objektif perkahwinan dan berkeluarga seperti mana dituntut agama.
Islam mensyariatkan perkahwinan kerana memenuhi fitrah manusia yang tidak boleh hidup sendirian. Manusia memerlukan perhatian, pertolongan, sokongan dan pasangan untuk berkongsi kelemahan serta kekuatan yang boleh melengkapkan sebuah kehidupan menuju ke akhirat.
Tujuan perkahwinan adalah untuk mencapai ketenangan dan kebahagiaan dalam kehidupan. Firman Allah yang bermaksud: “Dan antara tanda-tanda kebesaran Allah itu bahawa Dia jadikan bagi kamu pasangan hidup supaya kamu mendapatkan ketenangan/kebahagiaan bersamanya. Kemudian Allah ciptakan antara kamu berdua mawaddah dan rahmah.” (Surah ar-Rum, ayat 21)
Melalui perkahwinan manusia akan hidup dalam mawaddah, musyawarah dan amanah. Lumrah berpasangan mengasihi antara satu sama lain kerana mereka saling melengkapi, justeru mawaddah menjadikan manusia berhemah sesama makhluk Allah dan bertolak ansur sesama insan.
Keperluan mawaddah bukan hanya untuk memenuhi keinginan seksual, juga keperluan jiwa dan nurani manusia yang sentiasa ingin didampingi pasangan bagi berkongsi susah dan senang.
Mawaddah berasaskan nafsu serakah semata-mata akan menghilangkan rahmah dalam kehidupan berumah tangga sehingga memungkinkan suami atau isteri meninggalkan pasangannya kerana orang lain.
Musyawarah pula bermula apabila pasangan saling menghormati, memahami keperluan dan kehendak masing-masing, justeru cuba memenuhinya tanpa mengorbankan salah satunya. Tetapi, menjadi sebaliknya apabila konsep berjemaah dan syura tidak lagi diterapkan dalam rumah tangga.
Amanah menjadikan pasangan suami isteri lebih bertakwa kepada Allah kerana ia memberi ‘sesuatu’ kepada suami dan isteri supaya bertanggungjawab terhadap pemberian itu. Ia sekali gus menjadikan mereka amanah dan amanah menjadikan mereka bertakwa.
Bagaimanapun, perkahwinan menjadi kehidupan sukar buat setiap pasangan yang tidak mampu mencapai objektif perkahwinan dalam Islam. Rumah tangga yang tidak mampu ditegakkan dengan mawaddah, musyawarah dan amanah akan mudah ranap dan runtuh.
Memang benar perceraian paling dibenci Allah, tetapi tidak bermakna suami isteri harus terus membiarkan diri mereka tenat di bawah runtuhan rumah tangga.
Jika perkahwinan menjadi penyebab manusia semakin galak melakukan maksiat dan mengingkari perintah Allah, sudah tentu perkahwinan itu perlu dijauhi.
Sebab itulah walaupun hukum asal perkahwinan itu sunat kerana diamalkan oleh Rasulullah SAW, ulama menetapkan hukum perkahwinan berbeza mengikut situasi individu.
Malah, perkahwinan diharamkan jika suami tidak mampu membina mawaddah, musyawarah dan amanah, seperti menzalimi isteri serta tidak memberi nafkah zahir dan batin.
Justeru, tiada rasionalnya untuk meneruskan sebuah perkahwinan jika ia menjadikan manusia semakin jauh daripada kasih sayang Allah. Suami atau isteri yang tiada mawaddah, musyawarah dan amanah menjadikan pasangannya tidak taat, setia, sekali gus merosakkan rumah tangga dibina.
Malah ia berkemungkinan mengakibatkan berlakunya perbuatan lain yang membuatkan mereka semakin ingkar terhadap peraturan Allah. Perceraian bukanlah keseronokan, ia bukan juga penentu sebuah kehidupan baru yang akan dibina akan lebih baik dari sebelumnya, tetapi ia adalah jalan keluar dari kesukaran
Langgan:
Catatan (Atom)







