Selasa, 17 Julai 2012

UNTUK RENUNGAN KITA BERSAMA)
Sahabat-sahabatku yang dirahmati Allah sekelian,

Shaqiq Balkhi (seorang ahli sufi dan wali Allah) berkata:
"Kami mencari 5 perkara dan menemui perkara-perkata tersebut melalui 5 amalan iaitu:
1. Keberkatan rezeki didapati melalui Solat Dhuha.
2. Cahaya di dalam kubur didapati melalui Solat Tahajjud.
3. Jawapan terhadap persoalan Munkar dan Nakir didapati melalui membaca Al- Quran.
4. Mudah melintasi Titian Sirat didapati melalui berpuasa dan bersedekah.
5. Mendapat naungan di bawah Arasy Ilahi didapati melalui mengingati Allah swt dalam keadaan bersunyi diri".

Semoga Allah swt memberi kepada kita Taufiq iaitu kekuatan untuk melakukan 5 amalan tersebut agar kita semua dapat 5 perkara itu juga. Aamiiin.........

Isnin, 13 Februari 2012

Memperkasakan Anak Anda Yang Bersekolah



Memperkasakan Anak Anda Yang Bersekolah

Sewaktu anak-anak anda mula menyesuaikan diri dengan kehidupan di sekolah dan semakin rapat dengan rakan barunya, anda mungkin menyedari perubahan dalam pilihan makanan dan tabiat makannya. Sebagai contoh, mereka mungkin enggan makan, makan terlalu sedikit atau banyak makan makanan ringan yang kurang berkhasiat.

Mungkin anda tidak menyedarinya, tetapi perubahan ini berpunca daripada lebih kebebasan dan berdikari yang dirasai oleh kanak-kanak yang baru memasuki alam persekolahan. Ramai ibu bapa merasakan bahawa oleh kerana anak-anak mereka sudah cukup ‘besar’ untuk pergi ke sekolah, mereka juga telah cukup matang untuk memilih makanan sendiri. Di sinilah punca permulaan masalah.

Bermula dari rumah
Anak-anak yang bersekolah berada dalam peringkat umur yang mudah dipengaruhi. Mereka meluangkan lebih banyak masa bersama rakan di sekolah dan terlibat dalam aktiviti di luar kurikulum. TV dan komputer menjadi teman setia apabila mereka pulang ke rumah. Besar kemungkinan inilah sumber utama yang mempengaruhi mereka, tetapi bukan orang yang paling penting dalam hidup mereka pada masa ini – iaitu anda.

Namun demikian, anak anda masih menjadikan anda sebagai suri teladan mereka. Gunakan kelebihan ini untuk mengajar mereka di rumah tentang kebaikan dan khasiat pemakanan, tabiat makan yang sihat, dan aktif dalam aktiviti fizikal. Dengan berbuat demikian, anda akan mempengaruhi pilihan makanan mereka apabila mereka berada di luar. Lebih penting lagi, anda juga mempengaruhi pilihan makanan mereka pada masa hadapan.

Anda boleh memperkasakan anak-anak anda untuk membuat pilihan yang bijak dalam soal makanan dengan:

1.    Memperkasakan diri anda
Dapatkan nasihat daripada pakar pemakanan atau doktor keluarga anda bagi memperkasakan diri anda dengan pengetahuan mengenai asas pemakanan yang sihat dan cara terbaik untuk memberi anak anda makan. Anda juga boleh membaca tentang pemakanan yang sihat untuk melengkapkan diri anda dengan maklumat yang betul. Anda akan lebih berkeupayaan untuk mengajar dan memperkasakan anak-anak anda apabila anda sendiri yakin dengan pengetahuan yang diperolehi.

2.    Menjadi suri teladan
Oleh kerana anak anda mudah terpengaruh, anda perlu berusaha untuk menjadi contoh yang baik dalam soal pemakanan dan cara hidup yang sihat. Ini termasuk mengamalkan tabiat makan yang baik, gaya hidup aktif dan menjaga kebersihan diri. Sebagai contoh, apabila anda makan sayur, pastikan anda tidak lupa untuk memberitahunya betapa lazat dan sihatnya sayur yang anda makan. Besar kemungkinan anak anda akan mengikut jejak anda dan mula makan sayur!

3.    Mulakan dari kecil
Anda perlu mula menyemai tabiat makan yang sihat dalam diri anak anda sejak mereka kecil. Mulakan dengan sesuatu yang mudah, tetapi penting. Sebagai contoh, pastikan dia mengambil sarapan setiap pagi sebelum pergi ke sekolah. Anda juga boleh menyediakan makanan dengan cara yang sihat supaya dia boleh mengamalkan tabiat makan yang sihat sejak kecil. Atau, anda boleh menjelaskan kepadanya tentang pentingnya makanan dan snek. Beritahunya bahawa makanan harian ini akan bermanfaatkan kesihatan dan akan membolehkannya membesar dan menjadi seorang kanak-kanak yang kuat dan pintar. Ini akan meningkatkan kemungkinan anak untuk mengamalkan tabiat makan yang sihat dan membuat pilihan makanan yang bijak bukan sahaja di sekolah, tetapi juga sepanjang hayatnya.

4.    Jangan putus asa!
Salah satu cara penting untuk menyemai pengetahuan tentang pemakanan yang baik ialah dengan bersabar. Jangan putus asa jika anak anda masih tidak mahu makan sayuran walaupun sudah 5 kali diminta! Bersabarlah dan terus mencuba lagi. Lama-kelamaan, selepas dipujuk, mereka pasti akan makan sayur yang anda sediakan. Ini pasti merupakan satu kejayaan bagi anda berdua!

Petua yang praktikal dan menyeronokkan
Semasa berusaha untuk memperkasakan anak anda untuk membuat pilihan makanan yang betul dan mengamalkan tabiat makan yang sihat, anda boleh menggunakan cara yang menyeronokkan anak (dan anda juga). Pembelajaran tentang pemakanan sihat tidak semestinya membosankan. Batasan yang dihadapi adalah hanya imaginasi anda sendiri. Petua berikut sedikit sebanyak dapat menjadikan pembelajaran tentang pemakanan lebih menyeronokkan!

  • Berbelanja bersama
Ini adalah peluang baik untuk mendidik anak tentang makanan mentah, seperti sayur-sayuran, supaya dia dapat mengenal bau dan teksturnya. Kanak-kanak bersifat ingin tahu tentang segala-gala yang ada di sekeliling mereka, dan ini lebih memudahkan anda untuk menerangkan kebaikan makanan tertentu. Ajar mereka tentang khasiat kebaikan yang disenaraikan pada bungkusan makanan. Contohnya, anda boleh mengambil sekotak bijirin bijian penuh dan menerangkan tentang kebaikan kepada kesihatan makanan seperti ini..

  • Masak bersama
Sebagai permulaan, anda boleh menyediakan sarapan bersama anak pada hujung minggu. Peringkat usia sekolah rendah adalah paling sesuai untuk belajar tentang pemakanan yang sihat, kerana mereka sentiasa berminat untuk belajar perkara baru, lebih-lebih lagi mengenai makanan dan pemakanan. Mereka juga berminat dan berupaya untuk membantu anda di dapur dengan melakukan kerja yang mudah seperti membasuh buah-buahan atau memotong sayur-sayuran. Mereka akan lebih berminat untuk merasa makanan yang mereka sendiri sediakan kerana ini memberi peluang kepada mereka untuk memberitahu seisi keluarga mengenainya!

  • Makan bersama
Galakkan keluarga anda untuk makan bersama setiap hari. Waktu makan adalah masa paling baik untuk mengeratkan hubungan dengan anak anda, bertanya khabar dan berkongsi aktiviti harian. Pastikan suasana pada waktu makan bersama keluarga santai dan menyeronokkan. Anak anda akan lebih berselera makan dalam suasana yang positif.

  • Main bersama
Bermain dengan anak adalah cara yang baik untuk anda sekeluarga melakukan aktiviti fizikal. Anda boleh membawa mereka ke padang atau taman permainan dan menggunakan kemudahan yang terdapat di sana. Anda juga boleh menggalakkan mereka menyertai permainan berkumpulan seperti badminton. Bersiar-siar bersama keluarga seperti berkelah atau berjoging juga dapat merangsang kecergasan mental dan fizikal!

  • Berkomunikasi bersama
Sentiasa luangkan masa untuk berbual dan mendengar rintihan atau luahan hati anak anda. Anda boleh bertanya tentang makanan yang dimakan oleh rakan sekelasnya, sama ada dia suka makanan seperti itu atau gemar menyertai sesi pembelajaran fizikal di sekolah. Perbualan tidak semestinya mengenai makanan. Anda boleh berbual tentang banyak perkara lain yang dapat merapatkan hubungan anda dengannya. Ingatlah, komunikasi mesti dua hala… jadi, beri peluang kepada anak untuk bercakap!

Keputusan untuk mula mendidik anak anda tentang pemakanan yang sihat bermula dengan anda. Ingatlah, anda hanya mempunyai masa yang singkat untuk berbuat demikian kerana anak anda membesar dengan cepat. Anak anda memerlukan pemakanan yang sempurna sekarang. Jadi, mulakan hari ini… beri mereka makanan yang betul, ajar mereka tentang makanan yang baik dan tanamkan rasa cinta terhadap aktiviti fizikal

Adakah Anak-Anak Kita Makan Dengan Betul?


Adakah Anak-Anak Kita Makan Dengan Betul?

 Adakah anda biasa dengan senario ini?

Kasim suka snek manis
Kasim, 7 tahun, berlebihan berat badan untuk umurnya. Apabila terasa lapar antara waktu makan, dia mengambil coklat dan snek manis. Ibu bapanya khuatir kerana dia sudah mula bersekolah dan mereka tidak dapat mengawalnya daripada mengambil snek yang tidak sihat di kantin sekolah.

Sara yang ingin jaga imej badan
Ibu Sara mengejutkannya setiap pagi hanya 20 minit sebelum loceng sekolah berbunyi. Justeru, Sara yang berusia 12 tahun ini selalu kelam kabut dan tidak sempat mengambil sarapan. Sara memang tidak berminat untuk bersarapan kerana dia sudah mula mementingkan penampilan diri dan ingin menjaga imej badan.

Kumar sentiasa sibuk
Kumar, 10 tahun, kurang bersenam kerana dia sentiasa sibuk. Sebagai persiapan untuk menduduki peperiksaan UPSR, ibu bapanya mendaftarkan Kumar dalam pelbagai kelas tuisyen selepas waktu sekolah. Kumar menghabiskan masa lapangnya dengan bermain komputer untuk merehatkan fikirannya. Apabila ibunya berleter, dia menjawab: “Takkan tak boleh main sekejap pun. Bosanlah kalau belajar sepanjang masa.”

Anak-anak anda yang sudah bersekolah mungkin menghadapi masalah yang sama seperti Kasim, Sara dan Kumar. Ini adalah masalah yang biasa dihadapi oleh ramai kanak-kanak dan ibu bapa mereka. Apabila ini berlaku, waktu makan yang sepatutnya menyeronokkan bagi ibu bapa dan anak-anak, akan bertukar menjadi keadaan yang merimaskan.


Mengasuh anak-anak makan dengan betul
Sebagai ibu bapa, banyak yang anda boleh lakukan untuk menyemaikan tabiat makan yang sihat dalam diri anak anda. Anda yang menentukan apa yang perlu dimasak dan dihidangkan untuk keluarga anda. Ini adalah kerana anda merupakan orang yang paling berpengaruh dalam kehidupan mereka, dan paling layak untuk menggalakkan tabiat makan yang sihat.

Lebih penting lagi, anda berpeluang untuk menunjukkan teladan yang baik. Anak-anak menganggap anda sebagai suri teladan. Lantaran itu, anda boleh memainkan peranan paling berkesan dalam usaha melentur anak-anak dan membiasakan mereka dengan tabiat makan yang sihat, baik di rumah mahu pun di luar. Setelah menerapkan amalan ini dalam diri mereka, anda tidak perlu lagi bimbang tentang kemungkinan mereka membuat pilihan makanan yang salah.

Malangnya, masih terdapat ramai ibu bapa di Malaysia yang tidak berusaha untuk memberi anak-anak mereka makanan yang berkhasiat dan menanamkan tabiat makan yang baik sejak mereka kecil, atau apabila mereka mula bersekolah.

Adakah kanak-kanak Malaysia mengalami masalah pemakanan?
Kebanyakan kanak-kanak Malaysia mendapat makanan yang secukupnya. Walau bagaimanapun, masih terdapat juga ramai kanak-kanak yang mungkin mengalami masalah malpemakanan. Masalah ini timbul sama ada disebabkan mereka tidak mendapat kalori dan nutrien secukupnya atau mereka mengambil makanan secara berlebihan. Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) III yang dijalankan di seluruh negara pada 2006, satu daripada lima kanak-kanak kita mengalami masalah pemakanan, dengan berat badan dan ketinggian yang tidak sepadan dengan usia mereka.

  • Makan secara berlebihan
Kumpulan kanak-kanak yang mengalami berat badan berlebihan adalah mereka yang berumur antara 7 hingga 13 tahun. Kanak-kanak yang makan secara berlebihan akan menjadi gemuk apabila dewasa. Kajian menunjukkan bahawa keadaan ini boleh meningkatkan risiko mereka menghidap penyakit seperti diabetes (kencing manis) dan hipertensi (tekanan tinggi) apabila usia mereka meningkat. Berlebihan berat badan atau kegemukan juga menyebabkan mereka menjadi lebih prihatin terhadap penampilan diri dan boleh menimbulkan perasaan rendah diri.

  • Kekurangan zat makanan 
Kanak-kanak dianggap kurang mendapat zat makanan apabila mereka tidak mendapat cukup tenaga daripada makanan. Ini juga boleh mengakibatkan kekurangan pengambilan pelbagai nutrien penting. Kanak-kanak ini lebih mudah mendapat jangkitan dan selalunya tidak mencapai potensi pertumbuhan yang optimum.

Mengapa kanak-kanak mengalami masalah pemakanan?
Rakyat Malaysia boleh dikatakan hidup senang dan dimanjakan dengan banyak pilihan makanan. Jadi, mengapa masih ramai kanak-kanak kita yang mengalami masalah pemakanan? Sebab utama ialah tabiat makan yang tidak betul dan pengambilan makanan yang tidak seimbang. Ini berpunca daripada kekurangan pengetahuan tentang pemakanan di kalangan ibu bapa, dan juga kekurangan perhatian dan penjagaan ibu bapa.

Satu kajian yang dijalankan dua tahun lepas oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke atas lebih 9,000 murid sekolah rendah berumur 7-12 tahun menunjukkan bahawa kanak-kanak di Malaysia mempunyai tabiat makan yang tidak sihat dan kurang melakukan aktiviti fizikal. Hasil kajian itu juga menunjukkan:

1.    Tidak mengambil sarapan
Satu dalam setiap tiga murid sekolah rendah tidak mengambil sarapan. Apabila anak-anak anda tidak mengambil sajian pertama yang penting dalam sehari, mereka tidak mendapat cukup tenaga untuk membolehkan mereka cerdas dan memberi tumpuan dalam kelas. Mereka juga menjadi lesu dan mudah merasa letih.

 2.    Snek tidak sihat
Empat daripada sepuluh murid sekolah rendah mengambil snek setiap hari. Tabiat makan snek yang tidak sihat, sama ada mengambil snek terlalu hampir dengan waktu makan atau mengambil snek dengan kalori tinggi dan nutrien rendah seperti kentang goreng, coklat dan gula-gula, boleh mengganggu selera anak-anak untuk makan sajian yang sihat apabila tiba waktu makan.

 3.    Gaya hidup santai dan kurang aktiviti fizikal
Dua daripada lima murid sekolah rendah tidak aktif. Semakin ramai kanak-kanak menghabiskan masa lapang mereka dengan aktiviti santai seperti menonton televisyen, membaca, dan leka dengan permainan komputer/elektronik. Tiada perbezaan besar antara kanak-kanak bandar dan luar bandar.

Permulaan hari yang sihat
Jika anak anda cerewet makan, langkah pertama ialah kenal pasti punca masalah. Adakah mereka tidak mengambil sarapan? Kurang aktiviti fizikal atau kerap makan snek? Apabila sudah mengenal pasti puncanya, anda boleh mengambil langkah yang sesuai untuk menangani masalah ini.

Sebagai ibu bapa, anda memainkan peranan yang sangat penting untuk memperkasakan diri anda sendiri, supaya anda dapat menanamkan tabiat makan yang sihat di kalangan anak anda sejak kecil. Pelajari asas pemakanan yang baik dan turunkan pengetahuan ini kepada anak-anak anda.

Ajar anak anda memilih makanan mereka dengan bijak, serta mengamalkan tabiat makan yang sihat dan gaya hidup aktif sejak kecil. Ini akan memastikan mereka mempunyai asas yang kuat untuk membesar menjadi remaja dan orang dewasa yang sihat sepanjang hayat.

HIDUP INI UMPAMA SEBATANG PENSEL

Kita diciptakan Allah SWT dengan tujuan untuk mentadbir bumi dan beribadah kepadanya serta berbakti kepada sesama manusia. Kita adalah sebaik-baik kejadian dan setiap daripada kita mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Tiada manusia yang dilahirkan ke dunia ini bodoh. Setiap daripada kita mempunyai kemahiran serta kepandaian yang tersendiri. Janganlah mudah putus asa dengan kelemahan diri. Jadikan lah segala kekurangan sebagai pemangkin untuk memperbaiki segala kelemahan. Dugaan dan cabaran sentiasa datang silih berganti. Hadapi segalanya dengan minda yang positif dan selalulah lihat sisi positif yang ada pada diri sendiri. InsyaAllah.. kita akan mampu berjaya dan memenuhi fitrah serta tujuan kita diciptakan.
        Lihatlah pada sebatang pensel.. Ambillah iktibar daripadanya. Pensel diciptakan untuk menulis dan ia hanya akan menulis seandainya ia membiarkan dirinya dipegang oleh tangan seorang manusia. Baik atau buruk kandungan tulisan itu bergantung kepada si penulisnya. Begitulah juga dengan kehidupan kita, kita akan mampu berjaya dalam kehidupan ini seandainya kita dibimbing oleh orang-orang yang positif. Lebih bagus dan pasti lebih berjaya jika kita sentiasa berpegang teguh pada ajaran Islam dan mendapat petunjuk daripada Allah SWT. Namun, jika kita membiarkan diri kita hanyut tanpa bimbingan, bergaul dengan mereka yang salah serta mengikut telunjuk syaitan.. pasti kita akan rugi dan gagal.
Jikalau sebatang pensel itu perlu diasah berulang kali agar sentiasa tajam untuk terus menulis. Masakan pensel itu dapat menulis dengan sempurna jika ia sentiasa berkeadaan tumpul. Begitulah jua dengan kita. Dalam menjalani hidup ini, pasti banyak cabaran dan masalah yang perlu kita hadapi. Semuanya itu semata-mata untuk mendewasakan dan mematangkan kita demi menjadi seorang insan yang tabah, yang tak pernah kenal erti putus asa. Dugaan hidup perlu agar kita dapat membina kekuatan diri untuk berjaya dalam kehidupan.
         Jika dilihat, kebiasaanya sebatang pensel itu terdapat padanya sebutir pemadam di pangkal yang membolehkannya memadam kesilapan ketika menulis. Begitu juga dengan kita, kita mampu memperbaiki segala kesilapan atau kesalahan yang kita lakukan. Andai tersilap langkah, dengan bimbingan, kita mampu memperbetulkannya. Dan cubalah untuk tidak mengulangi kesalahan itu. Kita bukanlah insan yang seratus peratus sempurna. Kita pasti akan melakukan kesilapan. Apa yang penting, kesilapan itu harus diperbaiki. Segala kesalahan akan mematangkan kita. Kegagalan adalah pengalaman yang berharga sebelum kita mencapai kejayaan. Kejayaan itu adalah kegagalan yang diputarbalikkan. Namun, jangan biarkan diri sentiasa dalam kegagalan. Sentiasalah berkeinginan untuk mengubah diri menjadi yang lebih baik. Usah jatuh ke lubang yang sama dua kali.
            Bagi sebatang pensel, isi dalamnya lah yang membolehkan ianya berfungsi menulis. Tanpa rod karbon yang terdapat di dalamnya, pasti pensel tidak akan mampu menulis. Samalah seperti kita, faktor dalaman yakni hati dan rohani yang kukuh pasti dapat mendorong kita menjadi insan yang sentiasa bermotivasi serta selalu berusaha untuk berjaya. Minda positif yang tersemat dalam pemikiran beserta kekuatan jiwa yang ampuh pasti akan menggerakkan fizikal kita untuk beribadah dan bekerja bersungguh-sungguh. InsyaAllah, kita pasti akan berjaya.
            Tidak kira pada apapun permukaan atau jenis kertasnya, pensel akan tetap meninggalkan kesan atau bekas tulisan dan pensel itu akan terus digunakan untuk menulis. Begitulah juga dengan kita, pada apa jua situasi, teruslah berbakti dan meninggalkan kesan serta manfaat yang positif untuk orang-orang di sekeliling kita. Janganlah sekali-kali meninggalkan kesan yang buruk dan mengundang benci orang pada kita. Jangan kita menyakiti hati mereka di sekeliling kita. Tunjukkan lah sikap yang positif agar orang menghargai kita.
Bersyukurlah dan hargailah kekuatan diri sendiri agar kita dapat terus berbakti. Itulah tujuan hidup ini. Berilmu untuk berjasa dan hidup untuk berbakti kepada sesama manusia. Jadikan iman, akhlak dan syariat sebagai tunjang kehidupan. Hargailah diri sendiri agar orang menghargai diri kita.. kita ini istimewa dan sentiasalah berusaha untuk memenuhi tujuan mengapa kita ini diciptakan
Sumber :  Mr Bad.

Selasa, 7 Februari 2012

Petua Imam syafie






[PETUA IMAM SYAFIE]
Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

doa.
zikir.
itulah kekuatan seorang muslim :)
Mengapa Turunkan Berat Badan? Jika anda ada terlalu banyak lemak – terutamanya jika kebanyakannya pada pinggang anda – anda berada pada risiko yang lebih tinggi bagi masalah-masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, kolesterol darah tinggi dan kencing manis. Dan anda tidak sendirian! Lebih 60% dari rakyat Malaysia adalah terlebih berat badan, dengan 50% dari jumlah itu berada dalam kategori obes. Statistik ini adalah mencemaskan kerana obesiti sekarang dikenalpasti sebagai faktor risiko utama dan sendirian bagi penyakit jantung. Turunkan Berat BadanBMI anda: Indeks jisim tubuh (BMI) menilai berat badan anda relatif kepada ketinggian. Ianya satu ukuran komposisi tubuh yang berguna kerana ia menghubungkaitkan lemak tubuh dalam kebanyakan orang. Jika indeks jisim tubuh anda ialah 25.0 atau lebih, anda akan mendapat manfaat dengan menurunkan nombor anda ke bawah 25. Jika BMI anda adalah 30.0 atau lebih tinggi, anda pada risiko jelas bagi mendapat masalah kesihatan jantung. Mengapa Menurunkan Berat Badan Penting Untuk Kesihatan Saya? Bayangkan membawa beg galas 10 kg sepanjang hari, setiap hari. Ia membebankan, samalah juga seperti berat badan berlebihan. Apabila anda membuang lemak berlebihan dan berat yang tidak diperlukan, anda mengurangkan beban jantung, paru-paru, salur-salur darah dan tulang-tulang anda. Anda memberikan diri anda pemberian untuk hidup dengan aktif, merendahkan tekanan darah anda dan juga membantu anda rasa diri lebih baik dan yakin. Apa Yang Boleh Saya Buat Untuk Menurunkan Berat Badan? Jika anda terlebih berat badan atau obes, anda boleh mengurangkan risiko anda untuk mendapat penyakit jantung dengan menurunkan berat badan dan mengekalkannya. Malah menghilangkan seserendah dua atau tiga kilogram boleh memberikan penurunan tekanan darah yang dramatik. Ketahui keperluan kalori anda: Apabila merancang untuk menghilangkan berat badan, ianya penting untuk memahami apakah pengambilan kalori yang disarankan yang perlu bagi jantina, umur dan tahap aktiviti fizikal anda. Kesan dan jejak kalori anda: Walau jika anda menjejak apa yang anda makan selama beberapa hari, anda akan belajar banyak tentang tabiat anda. Kira jumlah kalori makanan yang anda makan berbanding dengan kalori tenaga yang anda gunakan pada tahap aktiviti fizikal anda. Ianya adalah berkaitan dengan mengimbangkan kalori masuk dan kalori keluar, dan belajar merancang sewajarnya untuknya. sumber: Laman Kesihatan

apa yang di hafal tidak lupa