Allah
Maha Berkuasa. Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi
sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai
aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula
bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil
di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi
detik berlalu,wajah jenazah semakin hitam.
Selepas
lima minit berlalu,barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah
mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam
seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung
memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di
kepala saya. Apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu?
Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di
fikiran saya.
Sedang
saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju
ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang
berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 pagi Semakin lama
dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia
berusia 60-an dan memakai baju kurung.
Ustaz,” kata wanita itu. “Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut.
Jadi
saya nak tengok jenazahnya.” kata wanita berkenaan dengan lembut.
Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya, namun saya membawa juga
wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain
penutup wajahnya.
“Betulkah
ini mayat anak mak cik?”tanya saya. “Mak cik rasa betul… tapi kulitnya
putih.” “Makcik lihatlah betul-betul.” kata saya. Selepas ditelitinya
jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah
anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali
lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat.
Tiba
di luar saya bertanya kepadanya. “Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa
sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?”
tanya saya. Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis
teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab.
Dia seperti menyembunyikan sesuatu. “Baiklah, kalau mak cik tidak mahu
beritahu, saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. ” kata saya
untuk menggertaknya.
Bila
saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya. Sambil
mengesat airmata, dia berkata, “Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh
dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya
buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah
sepatahpun. Dia memang anak yang baik.
Tapi…”
tambah wanita itu lagi “apabila makcik kejutkan dia untuk bangun
sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia,
suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi
kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang, anak makcik ini akan terus
naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan.” kata wanita tersebut.
Jawapannya
itu memeranjatkan saya. Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang
siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari
wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja
ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam.
Selepas
menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk
pulang. Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang
gelap. Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan
menyembahyangkannya. Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula.
Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya
sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Selang
dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk
menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang
diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara
Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya. Selepas
memperkenalkan diri, saya berkata, “Encik, kenapa encik biarkan orang
tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih
elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di
Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang.”
Pertanyaan
saya itu menyebabkan dia terkejut, “Orang tua mana pula?” katanya. Saya
ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya,
tuturannya serta pakaiannya. “Kalau wanita itu yang ustaz katakan,
perempuan itu adalah emaknya, tapi…. emaknya dah meninggal lima tahun
lalu!”
Saya
terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi ‘apakah’ yang
datang menemui saya pagi itu? Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata
sebenarnya, saya yakin ia adalah ‘sesuatu’ yang Allah turunkan untuk
memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan
wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa tersebut telah terjadi
lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.
Ia
mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa jika
seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja, dia
akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun. Bayangkanlah seksaan
yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu
tahun di dunia. Kalau 80,000 tahun?
sumber dari Pedoman 101
Tiada ulasan:
Catat Ulasan