Rasulullah
s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu
pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang
membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada
hadis di atas adalah
seperti berikut;
seperti berikut;
Mengikut
kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut;
1.
Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
2.
Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
3.
Berbahaya
4.
Melarat, Bertambah Payah
Dengan
itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan
terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang
diperolehi ialah kita akan;
1.
Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
2.
Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3.
Selamat dari bahaya.
4.
Tidak melarat, Menjadi Senang.
Keberuntungan beramal dengan doa ini
Terhindar Daripada Bahaya
Tuan
Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana
dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak
bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan
petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;
•
Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh,
mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan
sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko
seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di
tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak
tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala
bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.
•
Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan
seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan
daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi
bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau
pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga
tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan
perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau
pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita
boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.
Perlu
diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan
yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan
kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram
iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal
telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.
Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan
Makanan
dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia
yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi
terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang.
Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser,
diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman.
Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan
adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum
menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca
doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak
memudaratkan tubuh badan kita.
Terhindar Daripada Sihir
Perbuatan
belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang
syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di
dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.
Kesan
perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan
kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk
tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh
membawa maut. Ada
perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan
hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti
secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.
Pengalaman
penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai
tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba
pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat
penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas
ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini
berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia
terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap
kali sebelum menjamah makanan dan minuman.
Dalam
hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan
makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang
menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan
tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan
merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.
Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus
Apabila
kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk
halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di
bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah
kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini
insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan
memudaratkan kita.
Satu
perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang
disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke
dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka
mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak
henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga
kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.
Di
dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca
doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya
kurang daripada tiga.
Semoga
artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya,
insya'Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan